Friday, 13 January 2017

BILA BIRTHDAY GIRL BERKAIN BATIK!

(Jahanam lah diet sahabat ku Lynn hehehe...)

Assalammualaikum kesayangan mama Gee semua!

Minggu kedua Januari 2017 dah kan? Cepat! Cepat sangat! Anak-anak pun dah mula sesuaikan diri dengan persekitan dan kawan-kawan baru di sekolah.

Mama Gee dan ayahnya pun dah boleh dah buat perancangan lebih teratur perihal #GeeHomeBakery dan satu lagi biz yang baru diceburi.

Bidang biz yang baru adalah berkaitan produk kesihatan dan kecantikan di bawah Sahajidah Hai-O Marketing (#SHOM). Alhamdulillah dan Inn Shaa Allah doakan yang baik-baik dan semoga Mama Gee dan ayahnya berjaya cemerlang di dalam dua-dua biz ya! Amiin.

Tanggal 13 Januari adalah harijadi sahabat mama Gee semenjak zaman sekolah dulu. Kami se MRSM di Terendak Melaka dulu. Dialah sahabat dan kini mentor mama Gee dan ayahnya. Yalah...nak berjaya, kena ikut mereka yang dah terbukti berjaya. Kita ikut langkah mentor, Inn Shaa Allah.

Cumanya tahun ni istimewa sikit. Hehehe...Mama Gee, ayahnya, PQah berkomplot dengan anak-anak Lynn ni, si Ayra dan Ally. Nasib baik menjadi!

Hampir tak jadi tau! Sebab mama Gee lupa hari, lupa haribulan. Parah kan? Nampaklah sangat kan...
Petang Khamis 12 Jan, satu jam sebelum Lara Aishah tu...hehehe baru kepala macam terhantuk sikit...OOOOhhhh tidak! Berlari ke sana...berlari ke sini dalam rumah cari kalendar hahaha...

Deras mama Gee dan ayahnya bikin kek. Kek apa nak dibikin pun sebenarnya tak tentu lagi tapi tangan tu main timbang jer...main keluar jer bahan yang ada dalam chiller. Nasib baik #homebaker kan? Ready jer stoknyer pun!

Asas kek mirip kepada Kek Coklat Moist ala-ala kek coklat berhantu tu. Memang hancuslah diet sahabat aku ni hehehe...jahat ekkk mama Gee! Dengan Whipping Cream nyer, dengan serbuk koko nyer, dengan susu nya adeyyyy...

Habis mengadun...terus bakar! Heheheh...mama Gee sempat lagi tengok Lara Aishah tau! Mana boleh miss episode, nak habis dah kot! Minggu ni last episode nyer pun!

Kek yang sepatutnya diserahkan ke tangan Ayra petangnya tak ada lah sebab mama Gee lupa hari lupa haribulan kan. Jadi atur plan baru.

Yang cantik lagi...sebab malam tu sahabat Lynn buat majlis tahlil di masjid. Ahaaa...sempatlah kek mama Gee ni sejuk kan.

Ayahnya Irwan pun mainkan peranan. Ayahnya sms ke sahabat Lynn
"Lynn, malam ni kami nak datang belajar pasal strategi nak dapatkan RMxxxxx ya! Bolehlah ya!"

She never say NO! Hehehe...

Kek dah dibakar...tunggu disejukkan! Sesambil tu Lara Aishah lah! Panik gak, takut tak sempat nak ke rumah sahabat Lynn...janjinya lepas 10 malam hehehe...Ayra dan Ally pun dah di WA, war-warkan pasal plan baru!

Nasib baik, Malt Buttercream dah disiapkan sehari sebelum. Asalnya untuk satu tempahan kek lain hujung minggu nanti. Tapi...pakailah dulu! Nak siapkan yang baru, nanti tak cantik pula kejadiannya.
Dalam Malt Butttercream tu, mama Gee campurkan #Ovaltine dan #freshmilk tau...sedap giler! Asyik dok rasa lah sementara nak melapis kek. Adey!

Siap melapis, masukkan kek dalam chiller. Biar beku sikit buttercream yang dilapis.
Siapkan pula lapisan bercheese dan #ChocGanache . Keluarkan kek dan mulalah lapiskan lagi dengan sapuan nipis malt buttercream atas kek.
Lapiskan lagi dengan lapisan cheese dan akhirnya, mama Gee tuangkan cairan ChocGanache. Belum apa-apa ada pula suara-suara sumbang 
"Aduhhh mama...sedapnyerrrr! Tak sabar nak makan ni"

Di atas kek, sengaja mama Gee hiaskan dengan #MiloNuggets dan sedikit kacang biar ada rasa #krunchy nyer. Parahnya lagi, drizzled pulak dengan #saltedcaramel dan Choc Ganache. Ooo la la...

Jadi...janganlah ditanya, apa nama kek ni secara spesifik. Ni mama Gee sedang susun semula butiran bahan digunakan. Nak masukkan ke dalam journal.

Jam 11 malam, kami sampai ke rumah Lynn. Mama Gee...si pelakon utama mula mainkan peranan. Siap bawa buku nota bagai ok! Ayahnya biasalah lambat sikit masuk ke dalam rumah macam selalu. Ayahnya dan Ayra akan keluarkan kek dari kereta dan misi nya...bawa masuk kek ke dalam rumah tanpa disedari dek Lynn.
Ehhh berjaya tau! Sebab Lynn sibuk melayan mama Gee mengomel hahaha...

Ingatkan dah hantar kek tu...ok lah...kami boleh balik tapi Ayra dan Ally minta kami stay sekejap...nak raikan sama-sama....alahai terharu tau!

Sembang punyer sembang...jam 12 malam, Ayra, Ally dan Pqah muncul sambil nyanyi lagu "Happy Birthday" dan bawa kek siap berlilin.

Amboi sahabat Lynn ku...riang ria ehhh Alhamdulillah.

(Semoga Allah panjangkan umur dan dilindungi selalu. Juga dimewahkan lagi rezeki mu ya!)

Maaf ya Lynn! Kesian birthday girl...berkain batik jer...no make-up hehehe Nasib baik dah memang manis lawooo sokmo. Paling penting siap mandi dah kan!

Lynn...
Terus beri inspirasi pada ramai orang di luar sana. And Pqah is one of them! Terima kasih kerana selalu beri tunjuk ajar pada kami...tanpa jemu. Inn Shaa Allah, on biz, kita buat sama-sama. You know what is your dream! We do...also! Inn Shaa Allah, kita gegarkan pentas ulangtahun SHOM November 2017 nanti...sama-sama! Inn Shaa Allah.


And the cake...masih tiada nama nya lagi! Nantilah! Nantilah difikirkan hehehe...


Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT (next posting, kita cerita ya!)
3. Dan yang lelainnya
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!

📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com



"Homemade Desserts2U"




Monday, 2 January 2017

SOS PENCICAH...SEDAPNYER MAKAN BERSAMA NACHO's

(Aduh...sesambil tonton drama kat tv sesambil mencicah Nacho's dengan sos bayam dan keju ni...nikmatnya tak terkira!)

Assalammualaikum kesayangan #GeeHomeBakery ,

Pernah tak? Masa kita tonton tv tu, hati kita dok berdetik
"Kot ada benda nak dikunyah ni..."
Tiba-tiba, entah...tiba-tiba suratan ke kebetulan ke, rancangan yang ditayangkan tu ada pula lah kaitan dengan apa yang kita sedang fikirkan tu.

Hehehe...itulah yang jadi kepada mama Gee. Dok lah tonton drama Korea Hwarang ke apa tajuknya, tiba bab cmmercial break tu tekanlah siaran lain.
703 kot tak silap mama Gee lah, sedang menayangkan siri Illi dengan mangkuk tingkat nya tu. (Exact tajuk, mama Gee kurang pasti sebab nama pun tak mo tengok commercial break yang sebelah sana tu hehehe)
Masa tu, si Illi ni sedang sediakan macam-macam jenis sos untuk dimakan santai oleh tetamu nya. Mama Gee sempatlah renung Illi keluarkan bahan dan cara memasak untuk sos yang satu ni. Mama Gee kot bab memasak ni, memang cepat nau tangkap hehehe. Bab lain lupa selalu.

Kebetulan, mama Gee memang nak sediakan potluck buat teman-teman se MRSM dulu, re-U!...wanita sahaja hehehe...mulanya mama nak buat benda lain tapi bila tengokkan senarai potluck nyer...ooo mak aiii...giler punyer kentang...macam-macam ada!

(Bergambar masa Syariah Compliance hehehe...Ni baru sebahagiannya, kawan-kawan keep on coming in into the hotel room until 12 midnight! Aktiviti tahunan mama Gee dan kawan-kawan. Bertukar cerita...berkongsi rasa! Memang syok!)

Pantas jer mama Gee tuliskan semula resepinya...tonggang terbalik pun tak per, masa dok ingat tu kan. Tulislah dulu.

(Kan ke berpinor nak baca kan...)

ehhh...mama Gee tak lah kejam, nak soh hangpa pakai resepi ni. Ni mama Gee nak perturunkanlah resepinya. Hehehe...

Senang dan seeedaappp sangat! Sampaikan anak mama Gee si Piqah yang tak gemar makan sayur tu...termakan lah tanpa sedar yang sos tu yang sebenarnya ada mama masukkan sayur bayam 😁hahahaha

Jom kita tengok resepi Sos Bayam dan Keju ni. Cuba tau!

Gorengkan 2 sudu makan tepung gandum bersama sedikit minyak jagung (atau butter yang dah dicairkan) dalam periuk dengan api kecil. Goreng sampai tak ada dah rupa putih tepung tu.

Masukkan 2 cawan fresh milk ke dalam periuk. Kacau...kacau sampai mendidih. Ini kena banyak sabarnya. Yalah, dengan api kecil lagi tu, nak tunggu mendidih memang akan ambil masa.

Bila dah mendidih, tutup api.

Masukkan 1 ulas bawang putih yang dah di racik halus (mama Gee tumbukkan jer!). 
Api dapur tu tak perlu dipasang ya! Proses seterusnya memang tak perlu pasang api...kalau nak pasang, pasang paling kecil.
Cuma, masa mama Gee masak sos ni, mama Gee pakai periuk yang memang boleh tahan panas dan boleh simpan haba kepanasan bahan dimasak. Itu jer!

Kacau lagi. Masa ni bau aroma bawang putih tu mulai menusuk hidung.

Masukkn pula keju cheddar dalam 125 gram, yang dah didadu kecil ke dalam periuk. Kacau...kacau sampai keju cair.

Masukkan pula, daun (sahaja!!!) sayur bayam yang telah diracik halus! Kacau lagi. Sambil tu bolehlah dimasukkan serbuk lada hitam, banyak pun tak apa...mama Gee masukkan dalam 2 sudu makan. 
Mama Gee tak masukkan garam sebab keju cheddar kita kan ke dah masin. Tapi terpulanglah. Nak masin lagi, letakkan secubit garam ya!

Dah pekat...berhentilah mengacau. Tuang jer ke mana-mana bekas.
Sedia untuk dicicah!

Sempoi kan...

Untuk Nacho's tu, beli jer yang jual kat kedai tu...7E pun ada banyak ...alaaa keropok Chacho's tu. Maaf ler...lupa mama Gee nak ambil gambar.
Tapi...banyaklah keropok Chacho's tu kat luar...dalam RM2.00 tak silap regernya (saiz kecil).

(Tengoklah tu...kawan mama Gee dok cicah tak hengat...)

Senang kan...Kot tak habis, masukkan dalam bekas bertutup masukkan dalam fridge. Nak makan, keluarkan, panaskan dengan api dapur yang kecil, masukkanlah air panas sikit supaya senang nak mengacau sos nya.

Kawan-kawan mama Gee ramai dah minta mama Gee kongsikan resepi ni. Ada yang makan dengan biskut Kraker lah...roti bakar lah! Sedap depa kata! oohhh...Mama Gee nak panasakan sos nya...now! Daaaa...hehehehe


Muah cikit!!!

Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com



"Homemade Desserts2U"