Monday, 2 January 2017

SOS PENCICAH...SEDAPNYER MAKAN BERSAMA NACHO's

(Aduh...sesambil tonton drama kat tv sesambil mencicah Nacho's dengan sos bayam dan keju ni...nikmatnya tak terkira!)

Assalammualaikum kesayangan #GeeHomeBakery ,

Pernah tak? Masa kita tonton tv tu, hati kita dok berdetik
"Kot ada benda nak dikunyah ni..."
Tiba-tiba, entah...tiba-tiba suratan ke kebetulan ke, rancangan yang ditayangkan tu ada pula lah kaitan dengan apa yang kita sedang fikirkan tu.

Hehehe...itulah yang jadi kepada mama Gee. Dok lah tonton drama Korea Hwarang ke apa tajuknya, tiba bab cmmercial break tu tekanlah siaran lain.
703 kot tak silap mama Gee lah, sedang menayangkan siri Illi dengan mangkuk tingkat nya tu. (Exact tajuk, mama Gee kurang pasti sebab nama pun tak mo tengok commercial break yang sebelah sana tu hehehe)
Masa tu, si Illi ni sedang sediakan macam-macam jenis sos untuk dimakan santai oleh tetamu nya. Mama Gee sempatlah renung Illi keluarkan bahan dan cara memasak untuk sos yang satu ni. Mama Gee kot bab memasak ni, memang cepat nau tangkap hehehe. Bab lain lupa selalu.

Kebetulan, mama Gee memang nak sediakan potluck buat teman-teman se MRSM dulu, re-U!...wanita sahaja hehehe...mulanya mama nak buat benda lain tapi bila tengokkan senarai potluck nyer...ooo mak aiii...giler punyer kentang...macam-macam ada!

(Bergambar masa Syariah Compliance hehehe...Ni baru sebahagiannya, kawan-kawan keep on coming in into the hotel room until 12 midnight! Aktiviti tahunan mama Gee dan kawan-kawan. Bertukar cerita...berkongsi rasa! Memang syok!)

Pantas jer mama Gee tuliskan semula resepinya...tonggang terbalik pun tak per, masa dok ingat tu kan. Tulislah dulu.

(Kan ke berpinor nak baca kan...)

ehhh...mama Gee tak lah kejam, nak soh hangpa pakai resepi ni. Ni mama Gee nak perturunkanlah resepinya. Hehehe...

Senang dan seeedaappp sangat! Sampaikan anak mama Gee si Piqah yang tak gemar makan sayur tu...termakan lah tanpa sedar yang sos tu yang sebenarnya ada mama masukkan sayur bayam 😁hahahaha

Jom kita tengok resepi Sos Bayam dan Keju ni. Cuba tau!

Gorengkan 2 sudu makan tepung gandum bersama sedikit minyak jagung (atau butter yang dah dicairkan) dalam periuk dengan api kecil. Goreng sampai tak ada dah rupa putih tepung tu.

Masukkan 2 cawan fresh milk ke dalam periuk. Kacau...kacau sampai mendidih. Ini kena banyak sabarnya. Yalah, dengan api kecil lagi tu, nak tunggu mendidih memang akan ambil masa.

Bila dah mendidih, tutup api.

Masukkan 1 ulas bawang putih yang dah di racik halus (mama Gee tumbukkan jer!). 
Api dapur tu tak perlu dipasang ya! Proses seterusnya memang tak perlu pasang api...kalau nak pasang, pasang paling kecil.
Cuma, masa mama Gee masak sos ni, mama Gee pakai periuk yang memang boleh tahan panas dan boleh simpan haba kepanasan bahan dimasak. Itu jer!

Kacau lagi. Masa ni bau aroma bawang putih tu mulai menusuk hidung.

Masukkn pula keju cheddar dalam 125 gram, yang dah didadu kecil ke dalam periuk. Kacau...kacau sampai keju cair.

Masukkan pula, daun (sahaja!!!) sayur bayam yang telah diracik halus! Kacau lagi. Sambil tu bolehlah dimasukkan serbuk lada hitam, banyak pun tak apa...mama Gee masukkan dalam 2 sudu makan. 
Mama Gee tak masukkan garam sebab keju cheddar kita kan ke dah masin. Tapi terpulanglah. Nak masin lagi, letakkan secubit garam ya!

Dah pekat...berhentilah mengacau. Tuang jer ke mana-mana bekas.
Sedia untuk dicicah!

Sempoi kan...

Untuk Nacho's tu, beli jer yang jual kat kedai tu...7E pun ada banyak ...alaaa keropok Chacho's tu. Maaf ler...lupa mama Gee nak ambil gambar.
Tapi...banyaklah keropok Chacho's tu kat luar...dalam RM2.00 tak silap regernya (saiz kecil).

(Tengoklah tu...kawan mama Gee dok cicah tak hengat...)

Senang kan...Kot tak habis, masukkan dalam bekas bertutup masukkan dalam fridge. Nak makan, keluarkan, panaskan dengan api dapur yang kecil, masukkanlah air panas sikit supaya senang nak mengacau sos nya.

Kawan-kawan mama Gee ramai dah minta mama Gee kongsikan resepi ni. Ada yang makan dengan biskut Kraker lah...roti bakar lah! Sedap depa kata! oohhh...Mama Gee nak panasakan sos nya...now! Daaaa...hehehehe


Muah cikit!!!

Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com



"Homemade Desserts2U"



No comments:

Post a Comment