Saturday, 31 December 2016

SEMOGA GEE HOME BAKERY TERUS BERSINAR DI 2017!


 (AlHAMDULILLAH...Gee Home Bakery melangkah ke 2017)

Assalammualaikum kesayangan Mama Gee,

Minggu-minggu terakhir #GeeHomeBakery sangat-sangat padat...sendat! Alhamdulillah. Semuanya, mama Gee percaya berkat doa-doa makbul lagi berkat anda semua. Doakan kami terus bertahan menempah kejayaan lebih besar di 2017 ya! Amiin.

2016 bakal melipat pelbagai kenangan pahit manis kami dalam industri "Home Bakery" ni. Tak mudah dan tak juga sesenang mana juga sebenarnya. Yalah, umpama anak kami, #GeeHomeBakery juga adalah anak kami, yang lahir dek kerana jihad nak berikan hanya yang halalan toyyiban kepada pengguna. Pengalaman sebagai pengguna dan peminat #dessert kami jadikan rujukan utama. Apa yang anda mahu? Kenapa? Macam mana nak penuhi dan menepati situasi "win-win"? Inilah soalan-soalan yang selalu kami fikirkan.

Alhamdulillah. Kadang-kadang kami tersilap langkah namun ada yang hulurkan tangan tarik kami. Kadang-kadang ada kami tersadung, ada yang bagi ubat luka dan plaster Hehehe....sahabat seindustri memang banyak membantu. Segala bantuan, tips dan bermacam lagilah dikongsi selagi boleh membantu satu sama lain. Untungnya kami kan!

Dalam sibuk-sibuk tu, baru teringat ada seseorang yang bakal ke alam sekolah menengah...amboi cepatnya anakanda Nurul Afiqah Amirah ni membesar...membesar depan mata. Si kakak Noor Irdina Amirah pun nak ke Tingkata 5 dah...adehhhh terasa nau "muda" nya mama Gee dan suami. Hehehehe...

Hari orientasi anakanda PQah jer mama Gee dan suami dah kelam kelibut. Hahahaha...bayangkanlah jam 7 pagi dah keluar rumah nak ke sekolah menengah yang jaraknya dengan rumah alahai 10 minit pun tak sampai jika berkereta. Ghupernya, orientasi mula jam 8pagi...apa daaaa! Patah balik ke rumah...mama Gee siap sambung nap (tidur kucing? ada ke?) Hehehe...

 (Berkobar-kobar dengan pakaian serba warna baru...hehehe)

Tapi kan...inilah pertama kali juga sesi dua orang anakanda mama Gee ni berbeza, Yang seorang nya pagi...yang seorangnya petang...adehhhh Moga Allah permudahkanlah urusan persekolah anakanda-anakanda mama Gee ni.

Banyak juga jemputan, kiranya sini sanun lah! Ada yang mama Gee sempat raikan, ada yang "on-the-way" ajer sebab kan kekangan masa dan jem merata. Yalah, hujung tahun, kenderaan masuk ke KL jer dah derdoyon-doyon. Sehari, kekadang tu, lebih dari satu jemputan...bersusun buat jadual perjalanan...kononnya lah. Kita merancang kan. Kita tak kira bab jem lah, bab bersembang lah, bab anakanda mula sakit perut lah hehehe...
Yang tak sempat mama Gee pergi, ampun banyak-banyak ya!

(Majlis sambut menantu sahabat mama Gee waktu di dunia korporat dulu...lawo nau-nau kan mak pengantinnya)

 Tapi...bila masa pulaklah mama Gee dan suami tuan Irwan buat penghantaran untuk #GeeHomeBakery ? Selain hari Selasa dan Khamis yang dah ditetapkan tu, hujung tahun ni dah tak kita masa dah! Boleh kata hari-hari ada jer penghantaran. Rezeki...kami tak tolak! Alhamdulillah.

 (Dek kerana cinta pandang pertama, #ChocBrowniesButtercake ni lah selalu di tempah pelanggan. Anak-anak dah bertanya...mak pak kat kampung pun dah tanya. Aikkk!)

(Dek ke BOBOT annya, #TartNenas kami memang ada di rank teratas peminat #tart. Puas...besar intinya!)

Signature kami si #ChocBrowniesButtercake dan #TartNenas BOBOT ni memang dah "bekerja keras" sepanjang 2016. Mahu taknya, tak yah dah nak tunggu hari tertentu, tak yah nak tunggu ada majlis keraian, tak yah tunggu raya kot nak tempah, nak makan? ANYTIME boleh jer order. Kira 365 hari boleh jer order! 

(Tumpang glamer?)

Haa ahhh..#FudgyBrownies drizzled dengan #ChocGanache tak hengat ni memang tumpang glamer tau! Ada jer yang tempah. 
Ada yang mahu ke?

Sebelum menutup tirai 2016 semalam? sempat lagi mama Gee dan suami buat penghantaran ke sekitar #Kuala Lumpur #Rawang #Shah Alam . Kira orang lain dok bakar mercun dok tengok bunga api, kami tengok gak...tengok dari dalam kereta hehehe...

 (Tuan Tazeeif) 
 (Puan Shahiza)
 (Tuan Azamani)
(Puan Rizuana)

Memang dari dulu, peminat-peminat air tangan Gee Home Bakery ni luas. Dari Perlis sampai lah ke Sabah. Dari anak-anak, suami/isteri sampailah ke ibu ayah mertua seemuuaanyyaa suka. Alhamdulillah!

(Rahsia!)

Inn Shaa Allah 2017, kami akan perbaiki lagi Gee Home Bakery. Doakan kami dapat terus kekal dalam industri, menjadi lebih hebat. Dokan kejayaan yang lebih besar buat kami di 2017.

Mama Gee dan suami tuan Irwan Nasrudin doakan semoga kesihatan anda semua pada tahap yang terbaik, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di tahun 2017 ya. Amiin.

Kami tinggalkan 2016 dengan kenangan manis-manis sahaja. Inn Shaa Allah, mana yang pahit, kelat bagai tu, kami jadikan sempadan. Jadikan pengalaman. 

(Testimoni terkini akhir 2016. Antara kenangan manis... inilah dia bila dapat testimoni positif dari pelanggan)


Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT (next posting, kita cerita ya!)
3. Dan yang lelainnya
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com



"Homemade Desserts2U"

No comments:

Post a Comment