Tuesday, 27 December 2016

Signature kami...buah hati kami Chocolate Brownies Buttercake.

(Apa yang kita buat yang datangnya dari lubuk hati kita paling dalam, kita tak akan pernah merungut mengenainya. Walau apa pun halangannya di depan, pasti akan kita tempuh.)

Assalammualaikum kesayangan #GeeHomeBakery ,

Alhamdulillah. Berdikit-dikit kami melangkah, kami ubah hidup kami dari selesa hidup makan gaji, yang setiap 26 hari bulan, cucuk ATM, keluar lah duitnya kepada cucuk ...cucuk alamak! Mana duitnya? hehehe...itulah dia...kot orang lain pastinya akan kata macam ni agaknya 
"Tak sedar dek untung...itulah dia!"
Tapi, kami tak pernah sesal. Inilah yang terbaik!

Mama Gee tinggalkan dunia korporat pada June 2014, dan suami tuan Irwan menyusul Dis 2014. Bukan satu langkah mudah sebenarnya buat kami berdua. Tapi dek sokongan keluarga dan sahabat-sahabat rapat, kami berani. Kami keluar cari elmu...cari mentor dan belajar. Mula-mula memanglah perit. Pekerjaan mana tak perit pada mulanya, ya tak?

Alhamdulillah. Sabar! Sabar itulah kuncinya. Walaupun kekadang, tersadung juga hehehe...
Yang penting, tambahkan lagi kebergantungan kepada si pencipta Allah swt. Baru nampak...Ya Allah luas sungguh rezekiMu. Betullah, kot rezeki tu depan mata, kot bukan milik kita...bukanlah tu. Buat lah macam mana pun...

Pengalaman bekerja di dunia korporat berikan kami bonus akan selok belok perniagaan...tiada yang sia-sia. Bab-bab pengurusan masa, bab-bab pengurusan kewangan, bab-bab berurusan dengan team...uishhh banyaklah.

Dari suka-suka, berniaga dari rumah terus jadi punca rezeki kami suami isteri. Kami masih belajar! Masih bertahan! Masih dalam fasa mengembangkan Gee Home Bakery. Dan apabila, Gee Home Bakery agak boleh berdiri sendiri, kami cuba pula perniagaan berasaskan "Kesihatan dan Kecantikan". Tak kenal maka tak cinta kan. Cerita yang ini bolehlah ke www.GeeFNS.blogspot.com Semuanya ada di situ. Pengalaman menguruskan Gee Home Bakery, kami gunakan juga di sini. Mana yang boleh diubah...kami ubah ikut keperluan.
Ada masa ke? Manage!...Ya kita manage masa. Rancang! Rancang...susun atur aktiviti harian. Inn Shaa Allah boleh!

  Dan sehingga ke hari ini, signature Gee Home Bakery ni #ChocBrowniesButtercake tetap mengagumkan. Rasa, tekstur banyak yang dah kami perbaiki hasil dari feedback yang kami terima. Alhamdulillah.

Paling best! Bila Choc Brownies Buttercake ni menjadi igauan dan sentiasa dicari oleh semua lapisan masyarakat, dari anak kecil hingga ke dewasa, dari pelbagai bangsa...Melayu, India dan Cina. Alhamdulillah.

Hilang segala lelah lah! Terima kasih semua.

Yang bestnya lagi, Choc Brownies Buttercake ni sebenarnya dah sampai ke serata pelosok Malaysia ni, dari nun jauh di Utara sampai ke Sabah. Semuanya berkat free marketing, sosek-sosek dari pelanggan-pelanggan kesayangan kami juga.

Tahun 2016, ke Dubai dah si Choc Brownies Buttercake ni tau! Mama Gee dan suami pun tak pernah sampai sana lagi hehehe

Terima kasuh juga kepada #PosMalaysia ,Choc Brownies Buttercake dihantar, selamat diterima pelanggan-pelanggan kami...selamat ok!

Apa sebenarnya Choc Brownies Buttercake ni? Sebenarnya ianya adalah gabungan dua tekstur dan rasa yang berlainan. Inilah kepakaran kami! Campur adukkan rasa dan tekstur kek.
Ada rasa dark chocolate browniesnya pada lapisan bawahnya, ada rasa vanilla buttercake di atasnya. Sekali gigitan, fikiran pasti terus menerawang entah ke mana. Itulah agaknya antara sebab kenapa pelanggan kami yang pernah tempah se tray, next order...mesti ambil lebih dari se tray.

Kenapa menjadi fenomena sungguh ni?
(Muah cikit!)

Mama Gee dan suami hanya buat yang fresh. Ada ketikanya berjaga malam kami suami isteri. Nak deliver hanya yang fresh sahaja kepada kesayangan kami. Lain tau rasanya kot yang #dessert fresh from the oven dengan yang dah lama terperuk dalam chiller tu. Tak moist satu hal...rasa pun dah lari!

Untuk lapisan Choc Brownies kami hanya gunakan coklat hitam (dark chocolate).
Kemanisan? No worries ok! Kami ni sedar ramai yang concern bab-bab manis ni. Kami pun tak gemarkan kemanisan melampau. Resepi untuk Choc Brownies Buttercake ni entah berapa kali diubah sebenarnya. Gula? Definitely kami ubah kuantitinya. tapi...yalah bila ubah kuantiti gula, kebiasaannya kelembapan kek akan berubah. Apa kami buat? Kami "tweek" resepi sana sini! hehehe...

Sebelum ni, kami ada letakkan di kedai-kedai secara consignment. Tapi dek keadaan ekonomi yang agak tak positif ni, kami dah tarik ke semua Choc Brownies Buttercake kami dari kedai-kedai. Cuma ada lah kedai-kedai yang kami masih maintainkan penghantarannya dek kerana laju jer berlari Choc Brownies Buttercake ni. Dah ada peminat tersendiri pun.
Kalau anda pernah merasai nikmatnya Choc Brownies Buttercake dan pergi kedai cari tapi tak jumpa...haaaa hubungi kami terus di nombor yang mama Gee kongsikan di bawah posting ni ya!

Alhamdulillah. Hari ini kami kongsikan kesedapan Choc Brownies Buttercake ini terus kepada individu dan majlis-majlis keraian korporat dan bukan korporat. Tak memang tangan mama Gee dan suami.

Tapi kan...bila dapat feedback positif dari kesayangan semua...hilang dah letihnya...hilang dah rasa susah tu...settled!


(😊)


(Doktor gigi pun antara peminat Choc Brownies Buttercake tau!)


(Sedap tak sedapnya Choc Brownies Buttercake ni sampaikan si ibu nak ambil gambar buat testimoni pun tak sempat...hehehe)

(😀 kami belajar dan asah skills bertemu pelanggan. Biar pun bukan face-to-face...nampak tak kemesraannya tu)


(Memang kot lambat...kot nanti ...nantilah! tak merasa lah)


(😋...)


 (Kelainan kami? Kami hantar terus ke pintu rumah atau pejabat anda. Tak perlu susa-susah nak keluar rumah atau tinggalkan tempat kerja hehehe...)


 (Pengikat kasih. Ibu di Penang, anak di Johor. Si anak minta hantarkan kepada si ibu...sejuk hati!)


 (Semua pun suka...)


 (Jangan kata Melayu jer yang minatkan Choc Brownies Buttercake kami...Alhamdulillah)


 (Bila Pakar Kutu mem Kalavathy Rasalingam pun tergoda akan nikmatnya Choc Brownies Buttercake...speechless terus!)


 (hehehe...ini paling win! Si ayah minta kami poskan ke sekolah anaknya di Perak untuk guru-guru sempena Hari Guru. Terima kasih cikgu!)


 (Merata dah kami pos! Terima kasih Pos Malaysia)


(Anak istimewa ni memang peminat nombor satu Choc Brownies Buttercake)

Kot nak tunjukkan testimoni memang berjela panjangnya. Tapi kan, kalau suka, follow jer kami di Facebook dan Instagram. Cari Gee Home Bakery. Inn Shaa Allah. segala update, segala tawaran istimewa kami update di sana.


Muah cikit!!!

Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT (next posting, kita cerita ya!)
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com



"Homemade Desserts2U"

No comments:

Post a Comment