Tuesday, 20 December 2016

Terima kasih 2016! Ehhh dah ke penghujung tahun ke?

(Terima kasih kepada semua yang menyokong Gee Home Bakery. Biasa tak jumpa tuan Irwan ni?)

Assalammualaikum kesayangan kami semua,

Alhamdulillah 2016 memberikan pengalaman yang sangat berguna buat mama Gee dan hubby tuan Irwan. Dengan ekonomi negara yang sebegini, Alhamdulillah, permintaan kepada air tangan home baker seperti kami masih ada walaupun ada lah sedikit impaknya. Siapa yang tak terkesan dek ekonomi yang sedikit lembab ni kan?
Apa-apa pun syukur dengan rezeki Allah swt. Yang banyak kita syukur, yang sedikit lagi lah kita kena syukur. Ada juga bahagian kita. Kan?

Kami sudah ambil langkah kecilkan skala penghantaran, tumpuan lebih kepada jualan tunai. Kami kurangkan penghantaran ke cafe/ restoran/ kedai makan yang berasaskan consignment. Kenapa? Nak cepat dapat $$ nya. Tak mahu berlama-lama nak jana duitnya.

Dengan kenaikan harga bahan mentah dan yang lain-lain harga barangan di luar kawalan kami, Alhamdulillah, Gee Home Bakery masih mengekalkan harganya. Kami juga masih kekalkan kos penghantaran yang FREE tu!

2016 pun bakal meninggalkan kita semua kan. 
Alhamdulillah. Tak putus rezeki Gee Home Bakery. Ramai juga antara kawan bakers kami dah tutup biz. Menakutkan? Inilah asam garamnya. Tapi kami cukup percaya, semagat dan jiwa mereka sangat kental. Melebihi 100%. Mereka akan bangkit semula dengan lebih kuat. Mereka mungkin sedang melakar strategi baru ketika ini. Buat sahabat bakers sekalian, jangan berputus asa, mengalah bukan ini masanya ya!

(Bangkit!!!)

Sebenarnya, dalam pejam celik tu, merata dah #ChocBrowniesButtercake #TartNenas BOBOT (#pineappletart), #FudgyBrownies kami ni berjalan (antaranya lah...). Selain daripada ini, banyak lagi yang dah kami bakar, kami hantar, kami poskan...panjang (nau!) senarainya. Tak tertulis di sini.  Itu lah untungnya jadi home baker ni, segalanya pun, Inn Shaa Allah boleh kami tunaikan. Buat pun macam makan sendiri di rumah. Memanglah harga agak tinggi sedikit dari beli di kedai sebab home baker ni beli bahan mentah pun bukan main borong, berdikit-dikit jer! Kalau beli borong memang dapat lebih murah tapi mana nak simpan? Kata pun, beroperasi dari rumah! Lagipun, home baker ni hanya pakai fresh raw materials saja.

 Namun jika anda masih baru mengenali Gee Home Bakery dan mahu terus mengenali kami, anda boleh juga follow kami di sini ya,
www.facebook.com/GeeHomeBakery
www.isntagram/Gee_Home_Bakery
Di blog ni, Inn Shaa Allah, kami akan update seminggu sekali. 
(Doakan mama Gee punya kelapangan masa ya!)

Mana yang didalam radar penghantaran kami (#KualaLumpur, #SungaiBuloh, #KotaDamansara, #ShahAlam, #SubangJaya) kami hantarkan terus ke muka pintu rumah mahupun pejabat. Best kan? FREE jer penghantarannya pun.

Di luar kawasan, kami hantarkan juga. Hantarkan melalui perkhidmatan #PosMalaysia . Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kebanyakan kek-kek kami diterima dengan selamat. Paling lama pun 2 hari (dalam Malaysia). Luar Malaysia 7 hari bekerja. Not bad kan!

Yang mama Gee kongsikan gambarnya di sini hanya lah secebis kenangan dan antara testimoni diterima dari pelanggan kami. Ianya menaikkan lagi semangat mama Gee dan hubby nak terus berikan hanya yang terbaik (dan yang halal toyyiban sahaja) kepada anda semua.

Enjoy ya!

 (Adik Qimi ni peminat istimewa Chocolate Brownies Buttercake. Ikut kata ibunya, apa dimakan adik Qimi ni, lagi-lagi berasaskan coklat terpaksa dicatu. Kalau tak memang akan hyperactive jadinya. Kami sendiri pernah bertemu dengan adik Qimi ni, pandai melayan tetamu tau...)

 (Anak di Johor ibu di Penang. #AlmondBrownies dari Gee Home Bakery jadi penyambung kasih sayang dua beranak ni...perasaan? sangat best!)

 (Last minute, si ibu called "Ada kek lagi dalam chiller?")

(Mata kami terpesona dengan kejelitaannya sampai tak perasan beliau dok menikmati mini #ChiffonCake Gee Home Bakery. Nak masuk 3 biji dah tu!)


 (Aishhh...nampak tak? Nampak tak? #ChocGanache atas #fudgybrownies kami memang tak hengat! Kot tengah berdiet...memang hancusss!)


 (#ApamPolkaDot pilihan si ibu selain #ChocBrowniesButtercake di majlis keraian keluarga. Best kan...)


(Ini memang rare! Selalu si ibu yang menyibukkan diri menempah dari kami. Tuan Shurbani ni adalah pelanggan setia Gee Home Bakery, selalu order bukan untuk diri tapi untuk si anak nun jauh di Johor sana. Sekali lagi kami dibuai perasaan!...syok tau perasaan tu bila jadi pengikat kasih sayang ni!)


(ehhh dah cuba ke resepi roti sempoi Gee Home Bakery?)

Selepas ni, Inn Shaa Allah, kami nak kongsikan Resepi Karipap Ibu Mertuaku. Yang sempoi-sempoi jer tapi...sedap! Boleh buat sendiri...alaaa macam main masak-masak jer!

2017 Welcome!
Gee Home Bakery ada misi baru! 2017 be good to us ya!

2016 terima kasih atas pengalaman berharga sepanjang tahun! Masam...manis...menjeruk rasa...biasalah tu! That's life!!!
Inn Shaa Allah, banyak dah kami belajar. Dan banyak lagi yang kami perlu belajar lagi di 2017 untuk memperkukuhkan diri kerdil kami dalam industri ini.


📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com


"Homemade Desserts2U"

No comments:

Post a Comment