(Homemade karipap...simple saaangatt!. Puas makan!)
Assalammualaikum kesayangan #GeeHomeBakery semua,
Dengan kos barang dapur yang semakin hari semakin me"roket" semacam mustahil jer rasa nak membeli kuih-muih di luar kan. Kot tinggalnya berdua, ok lagi. Yang ramai anak tu, buat lah sendiri, sedap ke...tak sedap ke, yang penting air tangan ibu. Tak pun ajarkan pada anak-anak yang dah ala-ala remaja tu untuk cuba bantu, mana tahu boleh pula tambah pendapatan. Kan ke best tu!
Lagi pula kot buat sendiri...tak der lah gejala "karipap angin" hehehe...
Letakkan inti nak sesendat mana pun...ikut suka hatilah kan!
Resepi kulit karipap 3 bahan ni asalnya diajar pada Mama Gee oleh ibu mertua. Masa tu zaman mula-mula kahwin. Kiranya, baru belajar nak masuk dapur. Jari jemari kereesss lagi. hehehe...
Karipap ni pula memang favourite suami mama Gee. Jadi...kenalah belajar.
Nampak mustahil, tapi memang #magic, 3 bahan jer kot!...dapatlah 1 adunan untuk 10 ke 15 biji karipap! (Bergantung pada besar mana juga lah karipap kita buat ya!)
Selalunya ramai menegeluh sebab tak dapat nak buat kulit karipap yang cun melecun dan sedap. Haaa...ni mama Gee nak kongsikan macam mana nak buat kulit karipap uang cun melecun tu dan yang pastinya sedappp.
Bahan-bahan untuk kulit karipap mama Gee pakai;
TEPUNG
BUTTER
AIR SEJUK
3 bahan jer kan...? Tak lebih, tak kurang hehehe
(Cara-caranya...)
1. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan 2 sudu makan butter ke dalam satu bekas.
2. Ramas pakai hujung jari kedua-dua tepung dan butter. Jadikan macam bread crumb tu. Masa ni lah kita tambahkan air sejuk masak dari peti ais. Masukkan sikit demi sedikit untuk satukan bread crumb tu untuk dijadikan doh.
Berapa banyak air? Mama Gee tak pernah ukur. Tapi bila doh tu dah bersatu elok, no more bread crumb, mama Gee stop ler. Alaaa tak sampai 1/2 cawan pun.
3. Kita akan dapat satu adunan doh besar. Mama Gee suka gentelkan menjadih doh yang lebih kecil. Tak payah timbang-timbang, agak-agak jer. Yang penting, pada mata kasar, sama besarnya.
4. Boleh lah mulakan canai satu persatu doh tu. Tak mahu melekat di papan dan pencanai, taburkan tepung ya. Inn Shaa Allah! Nanti bolehlah mulai isikan inti (sardin atau daging).
Untuk inti, Mama Gee punyer simple jer.
Sardin : Tumiskan bawang merah, bawang besar sampai layu. Masukkan cili boh. Masukkan kuah sardin dalam tin tu. Tuang jer.
Isi hold jer dulu. Dah agak-agak mendidih kuah tu, masukkan sedikit perahan air asam jawa. Gaulkan. Baru masukkan isi sardin. Pecah-pecahkan isi ikan sardin dengan cara tekan-tekankan jer dengan sudip. Kalau nak boleh masukkan kentang yang dah digoreng terlebih dahulu. Masukkan garam secukup rasa. Biar kering sikit kuahnya sambil kacau-kacau manja-manja. kalau selalu kacau nanti, kentang hancur pulak kan...
Dah kering, tutup api dapur dan toskan.
Nak lagi mudah...kot lah nak buat karipap inti sardin, jadinkan sardin tun menu makan lunch ke dinner ke, buat ler lebih. Ermmmm yang lebih tu...apalagi hancurkan pakai garpu jadikan inti. senang kan. Hehehe...
Daging : Mama Gee buat macam kita masak kari daging.
Pakai daging cincang Ramly tu. Air asam tak perlu banyak nanti bergenang berkuah pulak. Santan kalau nak letak pun tak perlu banyak-banyak (Nak skip letak pun ok). Kentang yang dimasukkan tu, potong dadu dan gorengkan dahulu ya sebelum masukkan dalam inti kita.
Biarkan kering. Tutup api. Toskan.
Hehehe...sempoikan!
Jangan susahkan diri. Memasak ni sepatutnya kita buat dengan senang hati. Baru lah dikatakan memasak dengan penuh kasih sayang...memasak dari hati!
Cheewahhh! Tapi memang betau tau. Bila buat dengan kasih sayang...apa di masak pun akan sedaaapppp belaka!
5. Dah siap kita kelim kan tepinya doh berinti tu, kita susun atas tray yang dah kita taburkan tepung, kot tak nanti melekat.
(Ini yang siap berkelim siap cantik...sedia untuk digoreng!)
Tak pandai nak kelim karipap? Tak payah lah terus patah semangat tak mahu buat karipap pula dah! Small matter sangat tu!
(Tak pandai nak kelim, cari dan beli acuan macam ni. Banyak kat kedai...macam-macam saiz. Canaikan doh, letak jer atas acuan ni, masukkan inti dan slow...slow lipatkan acuan tu. Inn Shaa Allah)
6. Goreng dalam minyak penuh. Jangan di masukkan sekali banyak karipap tu untuk setiap kali gorengan.
Kenapa? Minyak kan dah mahal la ni. Setakat nak makan anak-beranak, goreng jer sedikit demi sedikit. Jimat minyak!
Api semasa menggoreng sederhana panas ya...jangan besar sangat kot tak nanti kulit karipap tu tak cantik...ala-ala menggelembung pula nanti.
(Tadaaa...ommm nommm nommm! Kot beli banyak lah pula macam ni, berapa RM dah melayang kan!)
Mama Gee selalu juga kot hujung minggu tu kan...buat karipap ni banyak-banyak. Lepas tu gorengkan separuh masak. Dah sejuk, mama Gee akan susun cantik-cantik dalam bekas tupperware. Setiap satu lapisan karipap Mama Gee akan lapiskan dengan plastik makanan yang mama Gee akan guntingkan terlebih dahulu. Pasai pa? Esok...tak lah melekat.
Freeze kan. Masuk kat bahagian freezer. Bila anak-anak dok teringat nak makan ke...nak bawa bekal sekolah ke, keluarkan jer 1 jam lebih awal.
lepas tu, dengan api kecil, panaskan balik.
Mama Gee selalu simpan untuk tempoh seminggu jer. Tak pernah lama lah!
Kot anak-anak nak goreng sendiri pun senang kan. Soh jer depa buat, ajar depa ringan tulang sikit ke dapur.
Cuba ya!
Sekarang ni, kot anak-anak mama Gee nak makan karipap...nak makannya petang tapi tengahari baru request, ini lah resepinya...pantas jer nak buat!
Bahan pun tak banyak. Yang penting...tak banyak modal nak pakai.
Inn Shaa Allah, lain kali mama Gee kongsikan resepi lain yang simple...yang mudah-mudah jer! Janji ommm nommm nommm.
Muah cikit!!!
Untuk tempahan signature kami
1. #ChocBrowniesButtercake
2. #TartNenas BOBOT
bolehlah hubungi Mama Gee atau suami ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com
"Homemade Desserts2U"
No comments:
Post a Comment