(Kot mama Gee dah recommended tu...ommm nomm nommm ler tu!)
Assalammualikum kesayangan kami semua!
Dah ke hujung minggu (lagi?) Cuti sekolah pun panjang lagi. Kita ibu dan bapa lah kata gitew! Hehehe...
Anak-anak, masa ni lah ngappp jer kerjanya kan. Jemu dengan segala #kek berasaskan #coklat apa kata sesekali kita beralih citarasa. Kita manipulasi citarasa anak-anak dan suami.
Mama Gee recommended sangat #CinnamonStreuselCoffeeCake ni. Kek nya memand #kurangmanis Sesuai buat menu petang. Hidangkan jer bersama #teh boleh! #kopi pun boleh! Nak pilihan lebih sihat, beralih jer terus ke #mineralcoffee a.k.a #MinKaffe tu! (pssttt...promo ler pulak kan...)
Kek ni, semasa kita bancuh tu pun dah harum jer. Bila bakar? Semua dah menunggu depan oven dah!
Masa mama Gee bikin tu, tak sempat pun kek ni tunggu sejuk betul-betul, terus jer di potong.
Cuba tau! Memang sedap lah!
Resipi: Cinnamon Streusel Coffe Cake oleh Chef Anna Olson
(Mama dah alih bahasakan. Resepi asal menyusul di bawah tu...)
Streusel Topping:
• ¾ cawan tepung All-purpose (mama Gee pakai tepung kek)
• ½ cawan penuh Brown Sugar
• ½ sudu teh serbuk kayu manis
• secubit garam (mama G tak masukkan sebab gunakan mentega bergaram)
• ¼ cawan mentega tanpa garam, cairkan atas dapur dan ketepikan
Kek kopi:
• ½ cawan mentega tanpa garam, suhu bilik
• ¾ cawan gula putih
• 1 biji telur kuning sahaja
• 1 biji telur
• ½ cawan krim masam (mama G pakai yougurt natural tu jer!)
• 1 sudu teh ekstrak vanila
• 1 ⅓ cawan All-purpose (mama Gee pakai tepung kek)
• 1 sudu kecil serbuk penaik
• ¼ sudu teh baking soda
• ¼ sudu kecil garam (mama G tak masukkan sebab gunakan mentega bergaram)
Panaskan ketuhar kepada 350 ° F (180 ° C). Gris bekas membakar, nak bulat atau empat segi tu pun boleh! Mama Gee guna bekas pembakar saiz 8-inci dan garis bawah dan sisi dengan kertas minyak.
Untuk streusel, kacau tepung, gula perang, kayu manis dan
garam di dalam mangkuk kecil dengan garpu.
Tambah mentega cair dan kacau sehingga campuran sekata. Ala-ala bread crumb gitew. Ketepikan dulu.
Untuk kek, pukul mentega dan gula sehingga ia kembang. Masukkan telur,
kemudian kuning telur, pukul rata selepas setiap kali tambahan. (Dalam proses ini mama Gee guna hand whisk jer!)
Masukkan krim masam
dan vanila. (Hand-whisk lagi)
Dalam mangkuk yang berasingan, ayakkan tepung, serbuk penaik,
baking soda dan garam. Tambah campuran tepung ke dalam adunan yang dah di hand whisk tadi dan
kacau jer dengan senduk kayu sehingga sebati. Adunan tak cair ya teksturnya.
Masukkan dan ratakan adunan dalam bekas pembakar dan taburkan atas adunan dengan streusel kita tadi. Tekan-tekan sikit ya!
Bakar kek selama kira-kira 30 minit (ini ikut kepanasan oven masing-masing ya) atau sehingga pencungkil gigi bersih bila kita keluarkan setelah cucuk di tengah kek tu.
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
Kek kopi ni, Inn Shaa Allah akan berkeadaan elok di luar chiller selama 3 hari.
Resepi Asal |
Recipe : Cinnamon
Streusel Coffe Cake by Chef Anna Olson
Streusel Topping:
· ¾ cup all-purpose flour
· ½ cup packed light brown sugar
· ½ tsp ground cinnamon
· dash salt
· ¼ cup unsalted butter, melted
Coffee Cake:
· ½ cup unsalted butter, room
temperature
· ¾ cup sugar
· 1 egg
· 1 egg yolk
· ½ cup sour cream
· 1 tsp vanilla extract
· 1 ⅓ cups all-purpose flour
· 1 tsp baking powder
· ¼ tsp baking soda
· ¼ tsp salt
Preheat the oven to 350°F (180°C). Grease an 8-inch square pan and
line the bottom and sides with parchment paper.
For the streusel, stir the flour, brown sugar, cinnamon and salt in a
small bowl with a fork to combine.
Add the melted butter and stir until the mixture is evenly moistened.
For the cake, beat the butter and sugar until it is light and fluffy. Add the
egg, then the egg yolk, beat well after each addition. Stir in the sour cream
and vanilla. In a separate bowl, sift the flour, baking powder, baking soda
and salt. Add the flour mixture to the butter mixture and stir just until
blended.
Spread the batter in the pan and top with the streusel. Bake the cake
for about 30 minutes, until a tester inserted into the centre of the cake
comes out clean. Allow the cake to cool completely in the pan, and then cut
into squares as needed to serve.
The coffee cake will keep, well wrapped and unrefrigerated, for 3
days.
|
Selamat mencuba! Nanti beritahu mama Gee apa hasilnya ya!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com
"Homemade Desserts@U"
No comments:
Post a Comment