Dimulakan dengan lafaz Bismillah.
Disulami selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Dari dapur Gee Home Bakery, air tangan mama Gee...hanya yang sedap-sedap sahaja, terus ke pintu rumah anda.
Nimatnya...seperti hidangan dari rumah.
Kepuasan tak terhingga! Sekali menikmati air tangan dari Mama Gee pastinya tak pernah cukup!
Assalammualaikum peminat-peminat "pencuci mulut" a.k.a desserts sekalian. Kerana sokongan andalah, kami bersemangat mahu berblog semula.
Terima kasih ya!!!
Blog yang lama "terkubur" dek lama ditinggalkan tanpa khabar berita. Timbul rasa sayang. Sayang sebab tiada tempat untuk merapu hal-hal "pencuci mulut" ni, rugi nyerrr!
Lesson learnt!
Tak mahu lagi "pisang berbuah dua kali".
Inn Shaa Allah, www.GeeHomeBakery.blogspot.com akan menjadi platform buat mama dan hubby (tuan Irwan Nasrudin) update segala kisah perjalanan, tips mahupun resepi-resepi "proven success" samada dari kami sendiri mahupun daripada homebaker atau chef-chef yang lainnya. Yang pastinya setiap resepi yang dikongsikan adalah "proven success". Kiranya sudah melalui fasa "Cer-Try-Test".
Buat anda yang baru pertama kali bersama kami, mama dan hubby adalah founder kepada Gee Home Bakery, bakeri dari rumah...hingga kini. Alhamdulillah.
Kami adalah Gee Home Bakery!
Dan Gee Home Bakery adalah kami!
Apa kepakaran kami ni?
Kami pakar dalam me manipulasi citarasa!
Anda mahu #brownies ?...kami berikan kelainan. Lahirlah #ChocolateBrowniesButtercake
Khas untuk mereka yang tamak dalam citarasa, Buttercake nak! Brownies pun nak!
(Siapa tamak?...Andalah yang kami cari!)
Anda mahu #PineappleTart ? Kami berikan yang kebaboommm, maka terhasillah #Tart BOBOT . Terbuntang biji mata nak menelannya sekaligus! Gitew...
(Tengok pun dah terbuntang biji mata...kan!)
Apa lagi keistimewaan kami?
Kami ada buat penghantaran ke lokasi anda...terus ke depan pintu rumah atau ke reception pejabat anda!
Lagi?
Penghantaran kami adalah PERCUMA!
Hari Selasa dan Khamis setiap minggu adalah hari penghantaran kami.
Kecuali untuk luar kawasan, hari mana pun kami poskan! Dan kos pengeposannya perlulah ditanggung ya!
Tempahan sememangnya dibuka 365 hari. No worries!
📲 019.386.3174 (WA sahaja)
📱016.338.1326 (Call sahaja...terus ke Irwan)
📱010.255.5494 (Call/ WA Mama Gee)
📧 sfauziahnoorsaha@gmail.com
🌏 www.GeeHomeBakery.blogspot.com
Tak puas dengan update di blog?
Follow kami di sini...
🌏 www.facebook.com/GeeHomeBakery
🌏 www.instagram.com/Gee_Home_Bakery
"Homemade Desserts@U"
No comments:
Post a Comment