(Gebu...tak puas bila ngap satu!)
Assalamuualaikum kesayangan kami.
Ingat petang ni nak berjogging, nak bagi keluar peluh sikit. Hehehe...niat tu dah cantik. Cuma mama Gee sudah bagi rosak sikit niat tu, mama Gee nak bawa bekalan makanan. Pilihan mama Gee...Karipap Sardin Ibu Mertuaku. Suami dan anak-anak sudah bising-bising ni
"Mama ni, mana yang nak buang peluh lemak bagainya, mana nak menambah lemak lagi" Depa katalah.
Alaaaa...kot dah siap nanti, mesti memasing, sambil berjalan (errr berjogging?) karipap mesti sebiji dalam tangan. Hehehe...chill lah kan...
Nanti mama Gee akan kongsikan resepinya ya. Alaaa...sempoi jer pun. Ibu mertua mama Gee ajarkan masa mula-mula kahwin dulu. Sampai la, mama Gee dok pakai jer resepi ibu mertua. Bab kulit tu sempoi sangat! Bab initi, mama ikut mood mama Gee, kot nak sardine ke, tuna ke...daging ke...ikut sukalah.
Nanti!...nanti mama Gee kongsikan. Hari ni, mama Gee nak kongsikan satu resepi roti mudah.
Mama Gee dapatkan dari https://www.facebook.com/pg/seminitresepi/videos. Resepinya mudah nak ikut, pakai video jer! Mama Gee ni jenis orang lama, tulis lah segalanya atas kertas hehehe...
Kalau berkesempatan, jenguk-jenguklah fb depa, mudah sangat nak ikut nya pun!
Asalnya memang mama Gee ikut sebijik sebijik resepi nya. Ya lah, jangan melawan cikgu. Ya tak?
Bila menjadi tu, mama Gee mulalah tukarkan sapuan di dalam rotinya...ke kacang merah lah...ke sambal bilis lah!
Sapuan dan hiasan atas roti pun ikut lah suka...
Itu yang best bila membaking ni...kreativiti terkeluar jer!
Resepi Roti Cheese Butter ni dah mama Gee masukkan dalam jurnal mama. Semua resepi "tried...tested...yummies!" sahaja mama Gee masukkan di dalamnya. Jadi, mudahlah untuk mama Gee rujuk semula bila-bila masa.
Jeng...jeng...jeng! Enjoy ya!
(Mahal resepi ni...tulisan tangan mama Gee tau!)
(Kena sabar bila buat roti ni...)
Mama Gee masukkan adunan roti yang dah ditutup dalam microwave yang dibuka sedikit pintunya. Biarkan jer begitu...selang 30 minit, kita putar lagi!
Banyak kan sesi bersabarnya. Tapi...bila di akhirnya nanti bila dah siap terhidang depan mata (petang ni?), lupa dah bab menunggu-nunggu dia nak menegembang tu. Sekelip mata...habis jer!
Cuba ya!
"Homemade Desserts2U"
No comments:
Post a Comment